PSIKO: Pencuri Hati
PSIKO: Pencuri Hati | |
---|---|
Pengarah | Namron[1] |
Penulis | Amin Shakib |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmizan Jepon |
Disunting oleh | Hafeez Mohd Noor |
Muzik oleh | Shamsul Cairel |
Diedarkan oleh | Alternate Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 94 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.07 juta |
Pecah panggung | RM 0.11 juta |
PSIKO: Pencuri Hati merupakan sebuah filem seram ngeri Malaysia 2013 arahan Namron dan dibintangi oleh Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Aiyob dan Julia Ziegler. Filem ini mengisahkan mengenai Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memantapkan lagi karyanya, Sidi menyelidiki seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau telah berakhir dengan tragedi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 5 September 2013. Filem ini telah memenangi dua anugerah dalam Anugerah Skrin 2014.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek seram ngeri dalam setiap karyanya.Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.
Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa.
Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko. Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran.
Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Sein Ruffedge) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel thriller kegemarannya.[2]
Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani.Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya...[3]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Bront Palarae sebagai Sidi
- Sein Ruffedge sebagai Dr. Khai
- Sharifah Amani sebagai Wani
- Amerul Affendi sebagai Man
- Suhaimi Yusof sebagai Pak Abu
- Shera Aiyob sebagai Siti
- Julia Ziegler
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]PSIKO: Pencuri Hati diarahkan oleh Namron dengan skrip ditulis oleh Amin Shakib. Ia merupakan filem ketiga arahannya dan yang pertama dalam tempoh 4 tahun selepas filem Gadoh yang dikeluarkan pada 2009.
Keluaran dan sambutan
[sunting | sunting sumber]PSIKO: Pencuri Hati dikeluarkan pada 5 September 2013. Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif terhadap filem ini. Farhana Abd Rahman dari portal hiburan Gua.com.my dan portal hiburan Tupai.com.my memberi filem ini 4 bintang dari 5 dengan memuji pengarahan Nam Ron serta persembahan lakonan.[4]Bissme S. dari The Sun Daily turut senada dengan Farhana Abd Rahman.[5][6] Pengarahan Nam Ron turut disentuh oleh Hassan Mutalib dari portal hiburan Dailyseni.com dengan kemampuan beliau menggunakan sinematografi, muzik dan editing untuk menjadikan filem ini lebih hebat berbanding filem tempatan yang lain. Portal perfileman thoughtsonfilms.com pula mengatakan "filem ini menceritakan sebuah kisah yang bagus dalam cara penyampaian yang bagus."[7][8] Faten Saphilia dari KOSMO! memuji mutu arahan, sinematografi dan mutu lakonan filem ini.[9]Filem ini mendapat rating 5.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.[10]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-26 | Pelakon Lelaki Terbaik | Syed Hussein Syed Mustafa | Tercalon |
Bront Palarae | Tercalon | ||
Pelakon Wanita Terbaik | Sharifah Amani | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | Amin Shakib | Tercalon | |
Pengarah Harapan Terbaik | Nam Ron | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2014 | Pelakon Lelaki Terbaik | Bront Palarae | Menang |
Pelakon Wanita Terbaik Filem | Sharifah Amani | Menang | |
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[11][12] | Filem Terbaik | Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel | Tercalon |
Pengarah Terbaik | Nam Ron | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Bront Palarae | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Sharifah Amani | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Nam Ron, Fared Ayam, Amin Shakib | Menang | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Syed Hussein Syed Mustafa | Menang | |
Amerul Affendi | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ PSIKO : Pencuri Hati - Cinema Malaysia.
- ^ Psiko Pencuri Hati bukan filem biasa. Sinar Harian, NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
- ^ Psiko Pencuri Hati - The Star.
- ^ Ulasan "Psiko: Pencuri Hati"[pautan mati kekal]
- ^ Eddie Anggap Masalah Komunikasi Punca Perceraian
- ^ (Review) Psiko, Pencuri Hati
- ^ SHADOWS AND DUST – PSIKO: PENCURI HATI
- ^ Nam Ron's Psiko Pencuri Hati: Form Over Content
- ^ Misteri pembunuh psiko
- ^ Psiko: Pencuri Hati (Thief of Heart) (2013) imdb
- ^ "Perca Kata Kritik Filem". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-11-11.
- ^ Senarai Penuh Pemenang Majlis Pengkritik Filem Malaysia